Aku ini, lupa
Tentang maksud dan garisan
Yang dulu aku tahu dan patuh
Aku ini, hilang
Antara dulu dan sekarang
Kerana nafsuku adalah suluhku
Aku ini, jahil
Aku mencari tapi sesat
Aku percaya tapi buta
Aku ini, sakit
Kerana sungkurku tak berbelai
Kerana jatuhku tak bersambut
Aku ini, takut
Pada tangan dan hati
Yang selalu memukul sedarku
Tapi aku ini juga, jiwa
Yang menyedarkan lupa
Yang mencari bila hilang
Yang mengisi jahil
Yang memberi bila sakit
Yang meneman bila takut
Copyright ©2009 Aida Rahayu Mahmud
Your Verselet
2 years ago
2 comments:
sasterawti negara...
Told you I'm better than you
Post a Comment
You Might Like..